Program Perasmian Rak Brosur oleh Jabatan Penerangan Betong
21 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniKhamis bersamaan 20 Jun 2019, pihak Jabatan Penerangan Betong telah memilih Pusat Internet Spaoh sebagai salah satu tempat untuk meletakkan rak brosur di bawah kendalian mereka. Program tersebut diadakan dalam Pusat Internet Spaoh. Seramai 6 orang daripada Jabatan Penerangan Betong yang telah hadir ketika program perasmian rak brosur tersebut. Program tersebut mula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Encik Senie bin Hj. Endin, Ketua Unit U.223 Jabatan Penerangan Betong menerangkan kepentingan dan kegunaan rak brosur tersebut kepada komuniti.
Rak tersebut menyediakan pelbagai jenis risalah berguna dan bermanfaat yang boleh digunakan oleh komuniti sekitar Spaoh terutamanya golongan belia kerana kebanyakkan soalan-soalan semasa temuduga terdapat pada risalah yang disediakan pad arak tersebut. Semua risalah dan bahan bacaan yang disediakan adalah percuma dan komuniti yang berkunjung di PI Spaoh dapat membaca risalah tersebut dan ia boleh diambil serta dibawa balik oleh komuniti. Di samping itu, semua risalah yang ada menyediakan maklumat dan data yang terkini untuk pengetahuan am komuniti. Pihak Jabatan Penerangan akan menambah dan mengemaskini semua risalah yang lama dan telah habis pada rak tersebut.
Oleh itu, pihak Jabatan Penerangan Betong berharap agar komuniti di sekitar Spaoh dapat meluangkan sedikit masa untuk membaca dan mendapatkan ilmu daripada risalah yang disediakan serta berharap agar ilmu yang diperolehi daripada bahan bacaan tersebut dapat membantu komuniti terutama anak muda pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: